Tiga perkara yang perlu ada pada seorang affiliate untuk menjana pendapatan.


Walaupun perniagaan affiliate adalah ringkas, anda jangan biarkan ia untuk
menutup kesempurnaan dalam perniagaan. Maksudnya, walaupun ia ringkas,
anda perlu memastikan ia lengkap. Jika anda mahu menjadi seorang super
affiliate, anda perlu melakukan beberapa perkara dahulu. Walaupun tiga perkara
ini bukanlah wajib untuk anda miliki, ia adalah perkara yang penting dalam
pemasaran affiliate


Jika anda memiliki tiga perkara ini, perniagaan affiliate anda akan lebih berjaya.
Berikut adalah tiga perkara tersebut


Website Anda.

Jika anda tiada website, anda tidak bersedia lagi untuk melakukan promosi. Bagi
mereka yang mempunyai modal, anda boleh bangunkan website menggunakan
domain dan hosting berbayar. Jika anda tiada modal, untuk permulaan, anda
boleh gunakan webiste percuma seperti wordpress atau blogspot.

Rating: 5 out of 5.

Di website anda, anda boleh pilih sama ada menulis mengenai minat anda
ataupun review produk affiliate. Anda perlu fokus pada satu teknik penulisan
supaya pembaca tidak akan lari akibat perubahan nada di dalam penulisan.


Melalui website yang anda bina, anda juga boleh menangkap lead dengan
meletakkan bahagian lead capture dalam website anda.
Satu perkara yang anda perlu utamakan dalam website anda adalah menjadikan
ia unik supaya mereka yang melawat website anda akan datang kembali di
kemudian hari.


Rating: 5 out of 5.

Insentif.

Insentif adalah bonus di mana anda memberinya kepada pembeli yang membeli

dari link affiliate anda. Ada isu mengenai pemberian bonus di mana mereka yang

berpengalaman akan lebih ke hadapan kerana mereka tahu apa kombinasi terbaik

dan ia menghalang promosi secara adil sesama affiliate terutamanya newbie

affiliate.

Namun, anda jangan takut dengan situasi ini kerana pasti ada ruang untuk anda

mencelah di sebalik kehebatan bonus yang di beri oleh para otai affiliate. Untuk

memberi lebih ummpph dalam pemasaran affiliate anda, anda boleh memberi

bonus yang lebih banyak dari pesaing anda. Jadi, anda boleh menarik pembeli

yang memandang kepada kuantiti.


TRAFIK.

Perkara terakhir yang seorang affiliate perlu ada adalah kemahiran mencari trafik.
Ia adalah kombinasi yang menarik iaitu website sebagai kubu promosi produk
affiliate anda, insentif sebagai penarik untuk pelanggan membeli dari anda dan
trafik menceritakan segalanya. Maksudnya jika banyak trafik berkualiti yang anda
dapat tarik ke website anda, lagi banyak jualan yang boleh anda lakukan.


Berikut adalah beberapa teknik untuk menarik trafik.

  1. PEMASARAN FORUM
  2. PEMASARAN ARTIKEL.
  3. SEO
  4. PEMASARAN VIDEO.
  5. IKLAN BANNER.
  6. PAY PER CLICK.

Berikut adalah jenis-jenis bonus yang boleh anda berikan.

  • · Perkhidmatan
  • · Produk yang berkaitan
  • · Kemahiran yang anda ada.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s